Persembahan aktres Liyana Jasmay yang menyanyikan lagunya ‘Aku Tak Percaya Cinta’ ketika pelancaran sebuah produk kerusi urut baru-baru ini mendapat perhatian ramai.
Video nyanyian Liyana Jasmay di atas pentas di sebuah pusat membeli belah tular selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok.
Aktres berusia 35 tahun yang memakai outfit berwarna pink itu dilihat cuba berinteraksi dengan penonton namun sahutan nyanyiannya tidak berapa mendapat sambutan.
Nyanyian Liyana Jasmay itu mendapat kritikan hebat ramai pengguna TikTok yang lain di mana rata-ratanya melabel suaranya sama seperti jika berkaraoke di bilik mandi.
Ada yang turut memerli Liyana menyanyi seperti berdialog dan menyamakan pensembahannya dengan kanak-kanak tadika.