Raja Permaisuri Agong kita iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Menurut laporan Harian Metro, ianya berpunca semasa bermain golf sehingga buatkan kaki Tunku Azizah bengkak.
Tunku Azizah akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa ini dan perkara ini dikongsikan di akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Pagi tadi saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak. Syukur ankle (pergelangan kaki) tidak patah, hanya sakit biasa.
Tunku Azizah juga merakam ucapan teruma kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan baginda. Semoga Tunku cepat sembuh ya.