Bengang Sering Diejek Gemuk, Lelaki Bunuh Dan Bakar Gadis Rakan Sekerja

Trending

Bengang Sering Diejek Gemuk, Lelaki Bunuh Dan Bakar Gadis Rakan Sekerja

Di Indonesia, seorang lelaki mengakui telah membunuh rakan sekerjanya, seorang gadis 17 tahun kerana sering mengejeknya gendut di hadapan orang ramai dan menyamakannya dengan ahli sumo.

Gambar: Mangsa, Rosidah

Ali Heri Sanjaya, 28, juga bengang kerana digelar Boboho (watak kanak-kanak cina berbadan gempal dalam drama sekitar 90-an) oleh mangsa yang bernama Rosidah di khalayak ramai, menyebabkannya bertindak membunuh gadis itu dengan mencekiknya sebelum membakar mayatnya.

Advertisement

Gambar, watak Boboho, kanak-kanak dalam drama cina 90-an.

Setelah membunuh Rosidah, Ali Heri kemudiannya menjual motosikal milik gadis itu.

Hasil siasatan polis mendapati, Ali Heri merancang pembunuhan Rosidah selama seminggu.  Mayat Rosidah ditemui  tertiarap di kawasan lapang Dusun Kelapa, Desa Dadapan, Kecamatan Kabat, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur, Sabtu lepas dalam keadaan rentung.

Dia dikenal pasti oleh ahli keluarganya sebagai Rosidah melalui kasut yang dipakai beserta topi keledar merah jambu masih tersarung di kepalanya. Ali Heri dipercayai menyimbah minyak gas ke badan Rosidah sebelum menyalakan api.

Gambar: lokasi penemuan mayat Rosidah

Hasil siasatan polis mendapati Ali Heri ialah orang terakhir dilihat bersama Rosidah dan dia ditangkap  saat keluar dari persembunyiannya di sebuah hotel di Banyuwangi pada Selasa, 28 Januari 2020.

Menurut Ali Heri, wang yang didapati hasil menjual motosikal milik Rosidah digunakannya untuk membayar hutang dan membelanja isterinya.

Ketika ditangkap, Ali Heri kelihatan tidak menyesali perbuatannya dan berkelakuan biasa malah makan dengan berselera serta tidur nyenyak selepas itu.

Ali Heri disiasat di bawah Pasal 340 KUHP, dengan ancaman hukuman penjara 20 tahun atau seumur hidup, serta Pasal 338 KUHP dengan ancaman 15 tahun penjara sekiranya sabit kesalahan membunuh Rosidah yang sudah lama dikenalinya memandangkan mereka tinggal di kampung yang sama.

Kes ini masih dalam siasatan Polresta Banyuwangi. – amazingnara.com

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...