Bengang Penguatkuasa Rampas Kanopi Perniagaan, Peniaga Ini Nekad Bakar Gerai Tanda Protes

Trending

Bengang Penguatkuasa Rampas Kanopi Perniagaan, Peniaga Ini Nekad Bakar Gerai Tanda Protes

Gara-gara bengang dengan tindakan anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan, seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan yang diusahakan sebagai tanda protes terhadap Majlis Perbandaran Kajang dalam kejadian kira-kira 5.05 petang tadi.

Advertisement

Dalam kejadian itu, peniaga tersebut dikatakan tidak dapat menahan emosi apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi di tapak itu.

Sebelum kejadian, kira-kira 50 peniaga menjalankan protes mendesak MPKj agar membenarkan mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4 Taman Impian Ehsan.

Keadaan bagaimanapun bertukar tegang apabila salah seorang dari peniaga tiba-tiba menuang minyak petrol di atas meja gerai malah turut melumur minyak di badannya.

Rakan peniaga itu kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja hangus ditelan api.

Menurut wakil peniaga, Zainuddin Osman, MPKj telah mengeluarkan notis pada petang semalam mengarahkan peniaga menghentikan operasi perniagaan di tapak itu.

Perbincangan telah diadakan antara peniaga dan pihak MPKj namun menemui jalan buntu dan tidak memihak kepada pihaknya menyebabkan peniaga terus berkeras untuk menerusi perniagaan di tapak yang telah wujud sejak 18 tahun lalu.

“Kami berniaga di sini sejak belasan tahun lalu, MPKj arah kami pindah ke lokasi dalam ‘hutan’, tahun lepas… kami ikut arahan dan berniaga di tempat diarahkan namun perniagaan dijalankan hancur.

“Tahun ini kami nekad untuk berniaga dan kekal di tempat lama, kami harap MPKj benarkan kami berniaga di sini 26 hari saja lagi, kami bukan nak berniaga lama-lama pun,” katanya.

Zainuddin berkata, dia percaya hanya campur tangan politik yang boleh menyelesaikan masalah kerana campur tangan politik dakwanya yang mengkucar-kacirkan keadaan di situ sebelum ini.

“Kami patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya…mengapa tak boleh berniaga di sini sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi,”katanya lagi.

Sumber : Sinar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...