Bengang Kereta Dibaling Putik Mangga, Lelaki Maki Hamun Kanak-kanak Empat Tahun

Trending

Bengang Kereta Dibaling Putik Mangga, Lelaki Maki Hamun Kanak-kanak Empat Tahun

Satu video sedang viral di Facebook menunjukkan seorang lelaki memarahi seorang kanak-kanak dan ibunya di bahagian hadapan sebuah rumah kerana kanak-kanak itu membaling putik mangga pada kereta lelaki itu. Video dengan mesej ini tersebar meluas di Whatsapp dan juga Facebook.

baruaLelaki itu yang berang, mempersalahkan kanak-kanak itu dan ibunya dan mengeluarkan beberapa perkataan yang kurang sesuai diperkatakan kepada seorang kanak-kanak.

Advertisement

Saya nak kawan-kawan tengok video ini dan tafsir sendiri.

Anak saya berusia empat tahun setengah secara  tak sengaja membaling putik buah mangga ke kereta lelaki ini.

Saya cuba berlembut minta maaf dan akan ganti rugi jika ada kerosakan tetapi lelaki ni tetap degan cara dia seperti orang hilang akal datang serang anak saya dan saya.

Ini yang sempat dirakam, yang  tak sempat dirakam dia memaki hamun kami anak beranak dan hampir masuk ke dalam rumah saya untuk merampas telefon bimbit  ini untuk padam video yang anak saya rakam.

Dia juga megugut saya supaya jangan berani membuat laporan polis.


Rata-rata pengguna media sosial beranggapan tindakan lelaki itu melampau kerana kanak-kanak tersebut baru berusia empat tahun dan masih belum boleh berfikir baik dan buruk.
Screen Shot 2016-09-05 at 8.55.04 AM
Screen Shot 2016-09-05 at 8.55.17 AMScreen Shot 2016-09-05 at 8.50.48 AM
Namun ada yang beranggapan lelaki itu hanya berniat mengajar kanak-kanak itu supaya tidak melakukan perkara itu di masa hadapan.

Screen Shot 2016-09-05 at 8.57.02 AM
Pendapat penulis, menegur cara baik pun boleh menginsafkan kanak-kanak. Tidak semestinya perlu menggunakan pendekatan terrorisme sampai hampir masuk ke rumah orang dan merampas telefon. Apatah lagi ibu kanak-kanak itu sudah meminta maaf beberapa kali.

Apa pun tahniah diucapkan buat lelaki tersebut kerana memaki hamun kanak-kanak empat tahun. Kami semuanya menggeletar ketakutan. –amazingnara.com

Sumber: Whatsapp Video

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...