Satu video sedang viral di Facebook menunjukkan seorang lelaki memarahi seorang kanak-kanak dan ibunya di bahagian hadapan sebuah rumah kerana kanak-kanak itu membaling putik mangga pada kereta lelaki itu. Video dengan mesej ini tersebar meluas di Whatsapp dan juga Facebook.
Lelaki itu yang berang, mempersalahkan kanak-kanak itu dan ibunya dan mengeluarkan beberapa perkataan yang kurang sesuai diperkatakan kepada seorang kanak-kanak.
Saya nak kawan-kawan tengok video ini dan tafsir sendiri.
Anak saya berusia empat tahun setengah secara tak sengaja membaling putik buah mangga ke kereta lelaki ini.
Saya cuba berlembut minta maaf dan akan ganti rugi jika ada kerosakan tetapi lelaki ni tetap degan cara dia seperti orang hilang akal datang serang anak saya dan saya.
Ini yang sempat dirakam, yang tak sempat dirakam dia memaki hamun kami anak beranak dan hampir masuk ke dalam rumah saya untuk merampas telefon bimbit ini untuk padam video yang anak saya rakam.
Dia juga megugut saya supaya jangan berani membuat laporan polis.
Rata-rata pengguna media sosial beranggapan tindakan lelaki itu melampau kerana kanak-kanak tersebut baru berusia empat tahun dan masih belum boleh berfikir baik dan buruk.
Namun ada yang beranggapan lelaki itu hanya berniat mengajar kanak-kanak itu supaya tidak melakukan perkara itu di masa hadapan.
Apa pun tahniah diucapkan buat lelaki tersebut kerana memaki hamun kanak-kanak empat tahun. Kami semuanya menggeletar ketakutan. –amazingnara.com
Sumber: Whatsapp Video