Bengang ‘Handphone’ Kena Rampas, Lelaki Bergelut Dan Guna Kekerasan Dekat Polis Trafik

Kehidupan

Bengang ‘Handphone’ Kena Rampas, Lelaki Bergelut Dan Guna Kekerasan Dekat Polis Trafik

Seorang jurutera berusia 51 tahun ditahan kerana bergelut dengan seorang anggota polis trafik dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas, George Town.

Menurut laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal memberitahu bahawa kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 petang dan kereta lelaki itu ditahan oleh anggota polis trafik apabila didapati menggunakan telefon semasa memandu.

Advertisement

Walau bagaimanapun, lelaki itu tidak berpuas hati kerana dikenakan saman dan mula merakam kejadian menggunakan telefon bimbitnya.

Sumber : Facebook 

Difahamkan, anggota polis trafik itu menasihatkan supaya memberhentikan perbuatannya tetapi tidak diendahkan sehingga menganggu tugas.

Oleh kerana itu, polis trafik berkenaan cuba menahan lelaki terbabit kerana menghalang polis dari menjalankan tugas serta merampas telefon bimbit miliknya sehingga berlaku pergelutan.

Beliau juga memberitahu lelaki itu kini direman hingga Khamis bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 353, Seksyen 186 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

ragut
2 years ago

(VIDEO) "Mana Nak Lari" - Rampas Beg Dari Peha Wanita, 2 Peragut Diburu Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...