March 24th, 2020

Tampil mendedahkan mengenai penceraiannya kepada umum, Datuk Alha Alfa dihimpit dengan pelbagai kontroversi dan kecaman netizen. Selepas dituduh mengaibkan bekas isterinya, Noor Azlin, terbaru usahawan kosmetik itu dilabel sengaja mereka cerita dia hampir bergelar bapa selepas Azlin dalam satu kenyataan mendedahkan dia tidak pernah hamil.

bekas isteri alha alfa nafi pernah hamil

Bengang dengan tindakan bekas isterinya itu sehingga dia dilabel sebagai penipu, Alha menerusi akaun Instagramnya tampil mempertahankan maruah diri yang sudah tercemar serta menegakkan kebenaran.

“Saya paling pantang penipu! Awak tau kan?”

Jelas Alha, dia bukan mahu mencari publisiti murahan ataupun belum ‘move on’ tetapi dia tidak boleh mendiamkan walaupun sering dicaci menjaja cerita hal rumah tangga. Dia ingin membersihkan namanya agar tidak terus terpalit dengan tuduhan tidak benar.

“Serius awak tak pernah mengandung?” 

bukti bekas isteri alha alfa mengandung bukti bekas isteri alha alfa mengandung

Alha turut menampilkan ‘screenshot’ mesej perbualannya bersama Azlin di WhatsApp. Dia mendedahkan Azlin telah memakan jamu dalam kuantiti yang banyak sehingga menyebabkan keguguran.

Ia sekaligus membuktikan wanita itu pernah hamil dan apa yang dikatakan oleh Alha sebelum ini adalah benar.

bekas isteri alha alfa nafi pernah mengandung

Terdahulu, Alha berkata perbezaan usia serta penerimaan bekas isteri terhadap kerjayanya berubah selepas mereka berkahwin antara punca mahligai yang dibina selama enam bulan musnah. Sering berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan tekanan emosi.

Alha dan  Azlin mendirikan rumah tangga pada 28 September lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.

20 responses to “Bengang Dituduh Penipu, Alha Alfa Dedah Bukti Bekas Isteri Pernah Mengandung & Keguguran”

  1. tecit says:

    this pregnancy is even weird in the very first place. wether sorg menipu or dua2. the best tunjuk that double line upt dengan masa tarikh serta muka tuan puan berdua.

    or else kau xpyh la nk mention 1 dunia wife ko penah gugur or ngndung. untuk ape? nak buktikan kau jantan sebenar?

    atau sememangnye this wedding is to cover up something. n the girl menyesal n thus the contract batal thus cerai.

  2. Pemerhati says:

    Jap ex wife Alha ni scammer ke? Entah2 selama ni dia tipu Alha, ckp dia mengandung.. nak alha beli something for her or what.. then tak boleh nak teruskan penipuan since tak mengandung2.. so buat cerita makan jamu byk thus baby gugur.. Alha pun percaya je sbb syg.. perempuan normal mana yang sedang mengandung yang tiba2 nak makan jamu, lepas tu makan bnyk2.. ko ingat coklat blh makan banyak2 sekaligus?? unless you mmg berniat nk gugur kandunganlah! if that’s the case,, you were a killer. Takyah nak tny husband, sy pembunuh ke? benak sgt ex wife dia ni.

    Maybe semua ni mmg penipuan.. so sampai lupa pernah menipu part mengandung, thus mengaku tak pernah mengandung..

    Baguslah Alha dah cerai dgn dia.. Ada hikmah kenapa perceraian ni berlaku.

  3. SHe Ma SaKuRa says:

    Ni bukan pregnent ni nak keluar period je memang lah makan jamu lebih cepat keluar period
    Patutnya u tunjuk scan ke

  4. Ain says:

    Kaya pun bodoh. Ahhaaa

Tinggalkan Komen Anda Di Sini