Bengang Dituduh Jual Bahan Terlarang, ‘Founder’ Dari Kelantan Tampil Bersuara – “Semua Pendapatan Kami Declare Dengan LHDN”

Kehidupan

Bengang Dituduh Jual Bahan Terlarang, ‘Founder’ Dari Kelantan Tampil Bersuara – “Semua Pendapatan Kami Declare Dengan LHDN”

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Farhana Zahra tampil bersuara selepas dirinya didakwa menjana kekayaan hasil daripada aktiviti haram, termasuk tuduhan berat sebagai ‘penjual dadah’.

Dalam kenyataan di Facebook, Farhana atau lebih dikenali sebagai ‘Cikna’ menegaskan bahawa kejayaan yang dikecapinya merupakan hasil usaha kerasnya selama sembilan tahun menjalankan perniagaan, bukan daripada sumber tidak halal seperti yang dituduh.

Advertisement

farhana zahra bengang dituduh jual dadah

Cikna turut berkata, dakwaan itu benar-benar mengguris hatinya lebih-lebih lagi melibatkan maruah dan reputasinya sebagai seorang usahawan.

Cikna penat-penat 9 tahun tubuhkan syarikat Cikna. Tapi bila Cikna dituduh jual dadah, agak terkesan di hati.

Menerusi hantaran yang lain, usahawan itu turut menegaskan bahawa dia menjalankan perniagaan yang sah, malah membayar zakat dan cukai seperti yang diwajibkan.

Kami pembayar zakat, kami pembayar cukai. Semua pendapatan kami declare kepada LHDN, setiap statement bank kami declare.

Dalam pada itu, dia turut menyeru agar pihak polis menyiasat dan membuktikan sama ada perniagaannya benar-benar bersih atau sebaliknya.

farhana zahra bengang dituduh jual dadah

Dia turut memberi amaran jika tuduhan tersebut berterusan, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

 

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila beberapa individu dari Kelantan telah ditahan selepas didakwa mengedar dadah.

Individu tersebut hidup mewah berselindung di sebalik perniagaan kosmetik, restoran dan salun untuk mengaburi mata pihak polis.

founder Kelantan sorok pil kuda tahi lembu
2025-07-10 14:43:14

Kes Sorok Pil Kuda Bernilai RM5 Juta Dalam Tahi Lembu: 'Founder' Kelantan, Suami & Tiga Saudara Dihadap Ke Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...