Bengang Ditegur & Dipukul Kerana Keluarkan Kata-Kata Kesat, Remaja Bawa Abang Belasah Peniaga.

Trending

Bengang Ditegur & Dipukul Kerana Keluarkan Kata-Kata Kesat, Remaja Bawa Abang Belasah Peniaga.

Seorang peniaga dibelasah sekumpulan remaja yang tidak berpuas hati kerana ditegur agar berkelakuan baik dan tidak membuat bising.

Advertisement

Dalam kejadian jam 11 pagi, Rabu lalu, mangsa yang berniaga barangan muslimah parah dibelasah sembilan remaja di kedainya di tingkat dua pusat beli-belah di Taman Melati.

Menurut seorang saksi yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 30-an itu menegur seorang pelajar tingkatan dua yang membuat bising.

Bagaimanapun, pelajar terbabit melawan peniaga berkenaan dengan mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan dia dipukul.

Ekoran itu, pelajar terbabit dipercayai memaklumkan kejadian itu kepada abangnya yang berusia 21 tahun yang kemudian datang bersama lebih sembilan rakannya yang lain menyerang mangsa menggunakan besi.

Dua daripada suspek yang memukul mangsa, termasuk abang remaja terbabit berjaya ditangkap orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kes terbabit yang dibuat keluarga pelajar dan isteri peniaga berkenaan.

Dalam laporan polis yang dibuat keluarga remaja itu mendakwa anak mereka dipukul oleh peniaga terbabit.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...