Bengang Ditanya “Bila Nak Kahwin?” Seorang Lelaki Ditetak Kawan Sendiri

Kehidupan

Bengang Ditanya “Bila Nak Kahwin?” Seorang Lelaki Ditetak Kawan Sendiri

Pada musim perayaan budaya ziarah menziarah sering manjadi amalan untuk semua rakyat Malaysia ke rumah saudara mara yang sudah lama tidak ditemui.

Setahun sekali jumpa dan menjalinkan hubungan akrab pasti akan ada beberapa soalan sensitif oleh sedara mara yang bertemu dengan kita.

Advertisement

Sebenarnya bukan pada hari perayaan sahaja, tetapi hari-hari biasa juga soalan-soalan berunsur privasi kerap kali ditanya hingga membuatkan kita rasa tidak mual dan nak muntah. Contohnya, dah besar dah dia? Kerja apa? Gaji berapa?

Begitulah kehidupan kita sebagai manusia ada sahaja orang yang nak ambil tahu mengenai kita. Gara-gara ditanya bila nak kahwin? seorang lelaki di Indonesia, berusia 52 tahun bertindak memotong rakannya sendiri.

Mengikut kisahnya dari Tribune,  di kampung yang beliau tinggal, tidak ada orang yang berani bercakap dengannya soal kahwin kecuali seorang lelaki ini.

Walaupun kawannya menganggap ia hanya sebagai bahan gurauaan, suspek mengambil serius mengenai isu ini kerana tidak sesuai mengikut umurnya yang semakin tua.

Mangsa telah dipotong dengan sebilah parang pada bahagian kepala dan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak. Suspek kini ditahan kerana mengancam keselamatan penduduk di situ.

Ingat ya semua! Tolonglah jaga perasaan sesorang. Janganlah bertanya soalan-soalan seperti ini yang akan menyakitkan hati orang tersebut. Jika kita jaga hati orang, orang pun akan menghargai kita.

Sumber: Tribunnews

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...