Penyanyi rap Caprice dikenali sebagai seorang yang lantang memberikan komen dan pandangannya berkaitan isu semasa yang hangat diperkatakan. Bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza dan mungkin tidak boleh menerima apa yang dikatakan oleh Caprice.
Menerusi perkongsian terbaru Caprice di Instagram, dia berkongsi sebuah video yang mengejutkan netizen.
Caprice mengesyaki dia menjadi sasaran sihir selepas satu objek misteri ditemui di hadapan keretanya. Menurut Caprice, ketika itu dia baru saja pulang dari menonton wayang dan terkejut menemui seekor pelesit telah mati seperti terbakar bersama beberapa helaian rambut keluar dari badan pelesit tersebut.
Bengang dengan apa yang berlaku, Caprice telah menawarkan RM 30,000 sebagai ganjaran buat sesiapa sahaja yang berjaya mencari dalang disebalik kejadian tersebut termasuklah, identiti bomoh dan orang yang mengupah bomoh tersebut.
Rata-rata netizen mendoakan Caprice dalam keadaan baik-baik sahaja selain mencadangkan penyanyi itu untuk segera berubat.
Walaupun zaman sudah moden, kita harus percaya sihir dan makhluk halus itu ada. Semuanya kerana perasaan hasad dengki manusia. Apa-apa pun, kami doakan agar Caprice terus kuat menghadapi dugaan yang menimpa ini.