Manusia memang macam-macam perangai. Ada yang tak boleh tengok kebahagiaan orang lain, ada yang turut tumpang gembira melihat kawan-kawan gembira dan ada yang tak senang duduk bila tengok orang lain hidup lebih senang daripadanya. Jadi apabila Awal Ashaari berkongsi satu komen daripada pengikutnya di Instagram, Abang Nara terkejut besar. Sejahat-jahat Abang Nara pun tak adalah nak komen sampai tahap begini. Sedih Abang Nara melihat mentaliti orang kita.
Bengang dengan komen kurang ajar yang ditujukan terhadap isterinya, Awal Ashaari telah pun berkongsi gambar wajah si pengomen dan memberikan publisiti percuma terhadapnya. Dengan caption “You can change your IG name all you want but you cant change that ugly attitude of yours. I kasi u free publicity malam ni. I’m sure this is what u want, B“, Awal jelas geram dan kecewa dengan tindakan si pengomen ini. Pastinya si pengomen gembira kerana mendapat publisiti dan populariti yang diinginkan.Â
Hmmmm. Lain kali berhati-hatilah ketika memberi komen di laman sosial. Tak kiralah di blog ke, di Instagram ke, di Facebook atau pun di Twitter. Lebih-lebih lagi jika komen kita itu mampu mengguris hati seseorang. Kesian Scha yang tengah mengandung. Tak ke sedih dapat komen “sundal” macam itu. Ish, ish, ish. Sebelum taip itu, fikir 2,3 kali dulu. Tak gitu?
Apa-apa pun, Abang Nara tengok Scha makin comel dengan perutnya yang semakin jelas itu. Makin berseri-seri. Abang Nara teka “baby girl” dalam kandungan. Korang pulak? Lagi beberapa gambar Scha dan Awal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.