Bengang Dan Tak Setuju “Statement” Dato Aliff Syukri, Wanita Ini Bidas Luah Rasa Tak Puas Hati?

Trending

Bengang Dan Tak Setuju “Statement” Dato Aliff Syukri, Wanita Ini Bidas Luah Rasa Tak Puas Hati?

Pada 9 Oktober yang lepas, selebriti jutawan kosmetik tanah air iaitu Dato Aliff Syukri telah menyuarakan pendapatnya tentang keadaan ekonomi semasa yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Advertisement

Namun pada hari yang sama juga, seorang wanita yang bernama Sofea AL menempelak kenyataan Dato Aliff tersebut dengan mendakwa dakwaan itu adalah fitnah dan tak benar.

Sofea yang sudah 36 tahun menetap di negara kangaru tersebut menceritakan asal-usul kebanyakan orang Melayu yang menetap di bumi Australia serta pengalamannya yang merupakan majikan kepada orang Australia sendiri.

Bukan setakat itu, dek ‘bengang’ dengan status yang dikongsikan Aliff, Sofea turut mendoakan agar perniagaan Aliff jatuh menjunam.

“Sepanjang 36 tahun saya di Australia, ada segelintir orang Melayu dari Christmas Island dan Cocos Island buat kerja buruh kasar sebab mereka datang dari kepulauan itu zaman 40-an, 50-an dan 60-an.

“Dan di sekitar tahun 80-an, mereka disuruh pilih untuk balik ke negara asal atau tinggal di tanah besar Australia dan separuh pilih balik ke negara asal iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Separuh berhijrah ke Perth dan diberi visa penduduk tetap untuk bermaustatin di Perth.

“Golongan ini memang tiada pelajaran tinggi dan golongan ini dah tua pun sekarang dan anak cucu mereka dah tak jadi buruh kasar.

“Yang ada sekarang ini di mana-mana adalah imigran dari negara lain termasuk Singapura, negara Asean, Asia Barat dan Eropah yang banyak jadi buruh kasar dan kebanyakannya pelajar dan datang belajar dengan visa pelajar.

“Hanya beberapa kerat anak Malaysia yang guna visa pelajar yang kerja part time atau casual kejar sebagai pelayan di restoran atau jadi pemandu menghantar makanan.

“Yang paling kehidupan mudah di rantau anak-anak orang Malaysia yang belajar sama ada ditanggung keluarga atau ditanggung kerajaan Malaysia.

“Rakyat Malaysia macam saya yang duduk beranak-pinak di Australia ini, saya belum jumpa yang jadi buruh kasar dan anak-anak saya pun semua kerja yang cemerlang dan terbilang sebab semua kelulusan universiti tempatan dan saya pun tidak kerja jadi buruh kasar sebab saya bos pada orang putih.

“Rakyat Malaysia yang tinggal menetap terus di Australia mungkin hanya 0.000001 peratus. Sesiapa orang Malaysia yang melancong dan nak menghina orang Malaysia sendiri dan menjatuhkan maruah orang Malaysia, jika dia ada perniagaan, duit saya akan saya haramkan membeli produk mereka.

“Jahanamkan perniagaan kamu Datuk Aliff Syukri kerana memfitnah dan tidak tahu bersyukur. Insya’Allah,” tulis wanita tersebut.

Pada pendapat admin, Dato Aliff sekadar berkongsi pendapat dan kenyataan wanita itu yang mendoakan keburukan tidak lah wajar. Apa-apa pun keadaan ekonomi sekarang memang tak menentu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...