Bendera Malaysia Berkibar Megah Di Stadium Gaza Selepas Halang Atlet Israel Masuk Negara

Trending

Bendera Malaysia Berkibar Megah Di Stadium Gaza Selepas Halang Atlet Israel Masuk Negara

Jalur Gemilang berkibar megah di sebuah stadim di Gaza, Palestin minggu lalu sebagai tanda penghargaan dan ucapan terimah kasih kepada kerajaan Malaysia yang tetap dengan pendirian tidak membenarkan atlet Israel untuk menyertai 2019 World Para Swimming Championships.

Advertisement

Difahamkan, peminat bola sepak Palestin turut mengibarkan Jalur Gemilang semasa perlawanan bola sepak berlangsung di Stadium Yarmouk antara stadium yang tertua di Gaza.

Rata-rata rakyat Palestin bukan sahaja memuji tindakan Malaysia tetapi menyatakan sepenuh sokongan mereka menerusi hashtag #supportMalaysia di media sosial.

Keputusan Malaysia yang mengharamkan atlet Israel untuk memasuki negara menimbulkan pelbagai persoalan serta kecaman daripada sesetengah negara barat sehingga menyifatkan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anti Semitisme.



Bagaimanpun, Tun Dr Mahathir dalam satu temubual berkata, langkah itu sejajar dengan pendirian negara yang sememangnya tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Malah, Malaysia juga mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah pihak.

Sumber Berita : Astro Awani & Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...