Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang didakwa menjadi salah seorang ‘penjual’ jiwa kepada syaitan oleh sekumpulan penganut teori konspirasi telah mendapat perhatian kalangan netizen.
Dakwaan tidak masuk akal itu telah dibuat oleh satu halaman yang dinamakan sebagai Ilmu Eskatologi menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, Ilmu Eskatologi telah membuat dakwaan bahawa luka yang ada di bahagian muka Naim adalah akibat daripada ritual ‘soul scalping’.
Bukan itu sahaja, kecederaan pada tangan kanan Naim pula dikatakan mempunyai kaitan dengan ‘the hidden hands’.
Dakwaan penganut teori konspirasi ini telah mendapat reaksi negatif daripada netizen yang rata-rata menyelar dakwaan tersebut.
Benda paling bodoh aku dengar hari ni. Naim jatuh main skate depan mata aku dan aku sendiri yang hantar dia pi hospital. Then ada mangkuk kata dia masuk illuminati siap buat soul scalping dengan dajjal. Kelakar gila! pic.twitter.com/nF22sgRH0Z
— Razaisyam Rashid ??? (@Razaisyam) January 17, 2022
“Rakyat Malaysia semua benda nak kaitkan dengan illuminati, sampai lencana sekolah segi tiga pun dituduh agenda illuminati,” tulis seorang pengguna Twitter.
“Ini mengarut, jadi orang tidak boleh ada lebam pada mata kerana nanti mereka akan jadi sebahagian daripada illuminati?” tulis seorang lagi netizen.