Difahamkan, mulai hari ini iaitu 14 November 2024 platform penstriman filem dan drama popular, Netflix akan menaikkan harga langganannya.
Melalui kemas kini pelan dan harga, harga pelangganan paling asas kini bermula serendah RM18.90 dan premium mencecah sebanyak RM62.90.
Susulan kenaikan harga langganan ini, pengguna Netflix kebanyakannya mengeluh kerana harga yang dinaikkan boleh dikatakan agak banyak.
Netflix pun ada kenaikan bahan mentah ke? Pening macam ini semua nak naik harga.
Bende macam inilah buat orang tengok filem dekat saluran yang tak betul. Tolonglah win-win situation. Orang filem/platform sokonglah sikit orang awam. Barulah orang awam boleh sokong anda semua.
Namun begitu, warganet tidak menafikan susulan pengguna di Malaysia semakin meningkat dan meluas merupakan salah satu faktor platform penstriman ini menaikkan harga langganan.