“Benda Memang Wajib Tapi Tetap Salahkan Istiqamah” – Video Menangis Mawar Rashid Tular

Hiburan

“Benda Memang Wajib Tapi Tetap Salahkan Istiqamah” – Video Menangis Mawar Rashid Tular

Sedia maklum, pelakon Mawar Rashid baru-baru ini, membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung biarpun sudah cuba sedaya upaya untuk istiqamah.

Susulan keputusannya itu, teruk aktres terbabit dikecam ramai dan ada berkata Mawar menggunakan alasan mempunyai kesihatan mental untuk tidak lagi berhijab.

Advertisement

Terbaru, di laman TikTok, tular video Mawar sedang menangis kerana merasakan diri sudah gagal untuk istiqamah kepada Allah SWT.

Biarpun dirinya berasa sedih dengan keadaan sekarang ini, netizen kebanyakkannya tidak mengambil peduli dengan rasa sedih aktres tersebut.

komen

komen

Menurut netizen, sepatutnya Mawar memohon maaf kepada Allah SWT dan menangis kepada-Nya, bukan meraih simpati di laman media sosial.

Bahkan, ada yang memberi nasihat agar dia mencari kawan yang mampu membimbing dirinya kembali ke jalan yang benar.

mawar
2023-10-10 13:37:18

Seakan Tahu Akan Teruk Dikritik Sebab Tidak Bertudung, Mawar Rashid Mahu Berehat Persiap Mental - "Selamat Tinggal Dunia..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok