“Benda Lepas Jangan Diungkit..” – Bekas Isteri AC Mizal Beri Penjelasan Punca Sebenar Anaknya Menangis Ketika Majlis Nikah

Hiburan

“Benda Lepas Jangan Diungkit..” – Bekas Isteri AC Mizal Beri Penjelasan Punca Sebenar Anaknya Menangis Ketika Majlis Nikah

Terkini, anak kepada pengacara terkemuka Datuk AC Mizal telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan pada 11 November lalu. Namun, oleh kerana sebuah video yang melihatkan anak lelakinya itu menangis ketika majlis pernikahannya, timbul pula pelbagai spekulasi dari kalangan netizen.

Apabila dihubungi, bekas isteri kepada pengacara tersebut, Shafnie Zainudin cepat menafikan spekulasi tentang anaknya yang dikatakan telah dilupa oleh bapa kandung sendiri. Katanya, anaknya itu hanya menangis kegembiraan setelah sah bergelar suami.

Advertisement

Biasalah suasana majlis pernikahan. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan baru kan?

Tapi ia lebih ke tangisan bahagia, anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan saya.

Harap benda lepas jangan diungkit sebab masing-masing ada kehidupan sendiri.

Pada masa yang sama, ibu kepada pengantin baru ini juga turut menyatakan dirinya tidak berasa seorang diri setelah kedua anaknya telah pun mendirikan rumah tangga masing-masing memandangkan dia masih mempunyai seorang anak hasil pernikahannya bersama suami setelah berpisah dengan AC Mizal.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anak ac mizal
1 year ago

"Anak Yang Dilupakan.." - Video Anak Lelaki Menangis Di Hari Pernikahan Tular, Netizen Persoal Mana AC Mizal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...