“Benda Kecil Pun Dia Minta Cerai..” – Rumah Tangga Mula Goyah Sebelum ‘Shooting’, Aliff Aziz Dedah Bella Sering Minta Cerai

Hiburan

“Benda Kecil Pun Dia Minta Cerai..” – Rumah Tangga Mula Goyah Sebelum ‘Shooting’, Aliff Aziz Dedah Bella Sering Minta Cerai

Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz mengakui dirinya memilih untuk mendiamkan diri ketika dilanda kontroversi curang dengan isterinya, Bella Astillah bagi mengelakkan lebih banyak salah faham yang terjadi.

Tiada rancangan jatuhkan Bella

Melalui sebuah temu bual bersama Melodi, Aliff mengakui kesilapan daripada pihaknya dan perkara tersebut merupakan kesilapan yang memalukan buat aktor ini. Dia juga menafikan mempunyai niat untuk menjatuhkan Bella.

Advertisement

Aliff minta maaf kepada semua. Sebelum ini, Aliff nampak temu bual dia (Bella) cakap ‘no komen’ kepada rakan media. Kenapa dia tak cakap macam itu awal-awal. Ya, saya berlaku curang.

 

Ia bukan rancangan, itu perbincangan antara saya dan keluarga. Perbualan itu berlaku pada 6 April ketika sesi podcast saya baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Bella pernah minta cerai

Tak cukup di situ, bapa kepada dua cahaya mata ini mengakui dirinya pernah cuba ingin memperbaiki hubungan bersama Bella. Dia juga berkata pergolakan yang berlaku ini bermula sebelum dirinya shooting bersama aktres Ruhainies.

Kalau nak cerita, biar cerita penuh. Kenapa tak cerita pasal sebelum itu. Sewaktu saya sedang berusaha untuk perbaiki rumah tangga. Jangan kata rumah tangga hancur sebab saya shooting. Benda ni sebelum shooting lagi.

 

Bella pernah minta cerai dan tarik balik. Benda itu berlaku bulan Disember, saya mula shooting bulan Januari. Dia tarik balik sebelum saya shooting dengan Ruhainies. Benda kecil-kecil pun dia minta nak cerai.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ruhainies
8 months ago

Ruhainies Sudah 'Putus' Dengan Aliff Aziz, Akui Tidak Lagi Berkomunikasi - "Saya Rasa Semua Pihak Dah Boleh Move On"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Melodi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...