“Benda Haram Memang Best” – Sakan Berpeluk Ketika Sambut Hari Jadi, Ramai ‘Paksa’ Yasmin Hani & Alif Hadi Kahwin

Hiburan

“Benda Haram Memang Best” – Sakan Berpeluk Ketika Sambut Hari Jadi, Ramai ‘Paksa’ Yasmin Hani & Alif Hadi Kahwin

Ketika ini, pasangan selebriti Yasmin Hani dan Alif Hadi sering menjadi perhatian netizen kerana kebahagian yang sering dipaparkan di laman media sosial masing-masing.

Terbaru, Alif yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 ada memuat naik foto bersama kekasih hati dan anak-anak selebriti wanita tersebut.

Advertisement

Dapat dilihat dalam gambar yang dimuat naik, Alif serta Yasmin erat berpeluk dan kelihatan sangat mesra hingga menampakkan seperti pasangan suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Hadi (@alifhadi)

Gambar tersebut telah mendapat perhatian segelintir netizen, di mana mereka persoalkan status hubungan mereka sama ada sudah halal ataupun belum untuk melakukan hal terbabit serta ada juga yang menasihati pasangan itu untuk menjaga batas kerana belum berkahwin.

Susulan itu, netizen menggesa Alif untuk percepatkan proses perkahwinan bersama Yasmin kerana itu yang terbaik untuk mereka serta dapat elak dari melakukan perkara haram.

Sekadar info, Yasmin Hani pernah mendirikan rumah tangga bersama Sha’arin Mohamed Razali pada tahun 2011 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian.

Alif hadi yasmin hani
1 year ago

"Saya Masih Cuba.." - Ditanya Bila Akan Kahwin Dengan Yasmin Hani, Alif Hadi Komen Bukan Masanya Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...