“Benda Dah Lepas, Buang Masa..” Fikry Ibrahim Tidak Kisah Bekerja Bersama Michael Ang, Tetapi Ada Syarat

Hiburan

“Benda Dah Lepas, Buang Masa..” Fikry Ibrahim Tidak Kisah Bekerja Bersama Michael Ang, Tetapi Ada Syarat

Meskipun mereka berdua pernah dilanda kontroversi baru-baru ini, personaliti TV Fikry Ibrahim mengakui bahawa dirinya amat berbesar hati apabila berpeluang berkongsi pentas dengan pengarah Michael Ang menerusi Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 yang telah melabuhkan tirai minggu lalu.

Advertisement

Menurut Fikry, dia hanya menjalankan tugas sebagai hos program berkenaan dan bertanggungjawab untuk menyambut kehadiran pengarah tersohor itu yang hadir sebagai juri jemputan pada episod akhir program realiti berkenaan.

Tidak mahu berfikir secara berlebihan, Fikry menganggap antara mereka berdua tidak wujud sebarang masalah dan dia juga tidak terasa meskipun kontroversi itu bermula dengan sikapnya yang menegur seseorang yang disyaki dituju kepada Michael Ang.

 

View this post on Instagram

 

Mutu, Gaya, Keunggullan?

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

 

View this post on Instagram

 

Bila ajak dating tapi endup dia bawak mak dia Tux by @wardrobe.privato

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

“Saya tak tahu apa yang dia fikirkan tapi saya rasa okay saja tiada masalah. Saya tak terasa pun. Perkara ini bermula bila saya tegur seseorang itu dengan baik supaya perkara ini dapat menyedarkan dia dan orang lain.Tapi alhamdullilah mungkin ada perselisihan di antara kami di peringkat awal tapi sekarang semuanya dah reda. Ini mungkin pengajaran untuk kedua-dua belah pihak,”

Dalam pada itu, Fikry sempat memohon maaf jika dia ada menyakitkan hati sesiapa di luar sana yang mungkin ‘terasa’ dengan kenyataannya sebelum ini. Meskipun tidak pernah menyebut nama individu yang dimaksudkannya itu, Fikry berkata dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk mengaibkan sesiapa.

Ketika ditanyakan adakah dia sudi untuk berkolaborasi dengan Michael Ang jika diberi peluang, Fikry berbesar hati namun terdapat syarat yang diberikannya.

“Sejujurnya kalau diberi peluang, saya tak kisah untuk bekerjasama. Syaratnya, yang penting kena ikut S.O.P yang betul,sistematik dan telus,” – Fikry Ibrahim

Sumber: Media Hiburan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...