Susulan tular foto intim memaparkan dua orang pelakon ‘comolot’ di photobooth di pusat membeli belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur, nama pelakon Dayang Areeda turut dipetik dalam isu tersebut.
Dayang Areeda dipetik isu pelakon ‘comolot’
Menurut Dayang atau nama sebenar, Dayang Areeda Datu Abdul Razak, perkara tersebut sedikit sebanyak menganggu dirinya dari segi mental kerana dikaitkan dengan kontroversi berkenaan.
Sudah tentu rasa sedikit down sebab saya rasa benda-benda macam itu tak patut. Tapi benda dah berlaku, jadi biarlah. Saya tak nak komen lanjut tentang perkara itu.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, aktres berkenaan berkata dia sama sekali tidak mengetahui mengenai foto tersebut tetapi terkejut selepas mengetahui khabar itu daripada peminat di media sosial.
Malas fikir panjang, fokus kehidupan dan kerjaya
Walaupun berasa kecewa dengan segala yang berlaku, namun Dayang enggan terlalu memikirkan perkara tersebut, sebaliknya lebih fokus dengan kehidupan serta kerjayanya.
Sekadar info, sebelum ini, tular foto dua pelakon dikatakan sedang bercinta didakwa melakukan perkara tidak senonoh ketika mengambil di photobooth di sebuah pusat membeli-belah.