Sebelum ini, pelakon Bella Astillah memberitahu seorang pelakon wanita gadingan dengan Aliff Aziz dalam sebuah drama terbaharu telah mengakui suka kepada suaminya.
Kini Aliff hanya sedang menjalani hanya satu pengambaran drama iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah dan heroin dalam drama berkenaan adalah Sophia AlBarakbah.
Susulan sedang dicari oleh pihak media bagi mengulas secara lanjut mengenai isu ini, Sophia memberitahu kepada pihak HLive bahawa dirinya enggan memberi kenyataan kerana tidak mahu keadaan bertambah keruh.
Menurut pelakon yang kini sudah berusia 30 tahun itu, isu ini boleh diselesaikan secara tertutup dan hanya melibatkan dua belah pihak saja tanpa masuk campur orang luar.
Tambahannya lagi, dia turut meminta agar pihak media dan orang ramai isu ini reda dengan sendiri dan tidak memperbesarkan hal ini lagi kerana Sophia hanya mahu fokus untuk menyelesaikan penggambaran dramanya itu saja,
View this post on Instagram
Sekadar info, kini Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah sedang menjalani sesi penggambaran drama terbaru, Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang diarahkan oleh pengarah, Osman Ali.