Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Benda Baik Kekasih Bacakan Yasin Pun Dijadikan Bahan Lawak Dan Kutukan – Ruhainies

Baru-baru ini pelakon Ruhainies memberitahu beliau terpikat dengan sifat kekasihnya Mr E yang kuat pegangan agama dan apabila beliau membacakan surah Yasin setiap hari buatnya ketika jatuh sakit. Betapa bertuahnya beliau dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik.

Advertisement

Tentu sekali ia mendapat perhatian netizen sehingga ada yang menyindir dan mengatakan bacaan surah Yasin itu hanya untuk orang yang sudah mati.

Ruhainies sedih dan kesal dengan sikap sesetengah netizen yang seakan kurang pendidikan agama dengan menjadikan niat baik kekasihnya itu sebagai bahan jenaka.

Saya terbaca beberapa komen yang mempersoalkan kenapa kekasih saya baca surah Yasin, saya dah nak mati ke. Sampaikan benda baik pun dibuat main-main dan dijadikan bahan lawak serta kutuk. Jadi dari situ kita tahu betapa ‘nazak’ manusia macam ni. Tak semua tapi segelintir. Kurangnya agama, mereka ingat baca surah itu hanya untuk orang nak mati atau orang sudah meninggal dunia.

Sedih apabila tengok ramai yang masih kurang didikan agama. Mereka fikir dengan menutup aurat dah sempurna, tapi ilmu kosong.

Advertisement

Kata Ruhainies penampilan dan cara pemakaian seseorang itu tidak menggambarkan tahap keimanan mahupun ilmu agama yang dimiliki. Luaran tidak semestinya melambangkan apa yang ada dalam diri.

Nak ukur iman seseorang itu bukan melalui pemakaian atau luaran. Saya malas nak komen kat netizen yang hati kotor sebab bagi mereka apa yang kita jawab semua mereka ada jawapan.  Bila sentuh bab agama ni sangat sensitif. Jangan fikir orang tak bertudung tu kurang agama dari yang menutup aurat. Semua itu bukan ukuran. Yang menjadi ukuran antara dia dengan Allah.

Makan dalam betul kata-kata Ruhainies kepada netizen yang mempertikaikan kekasih bacakan surah Yasin untuknya. Dalam bab agama ini, memang kita tidak boleh nilai seseorang itu daripada luaran.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 Comments

  1. Kak perihatin

    December 15, 2018 at 5:10 pm

    Baguslah baca yassin…

  2. Spoket Kecik

    December 15, 2018 at 3:04 pm

    Sis… kekasih u bacakan u something.. u ada baca apa2 tak untuk dia? Share la dgn kitorang plssss….

  3. iman

    December 15, 2018 at 2:02 pm

    tak perlu lah nak menunjuk nunjuk setiap kebaikan yg kita buat.biar Allah SWT je yg tahu akan niat sebenar kita. jika nak menunjuk dan mewar-war dlm media tu bukan ikhlas dik,hanya nak mencari perhatian orang jer namanya tu.

  4. tengok wayang

    December 15, 2018 at 1:50 pm

    popcorn

  5. Poyo

    December 15, 2018 at 9:22 am

    Kuat agama tp siap bwk g holiday smpai oversea hahaa.. Dh byk duit sgt, baik nikah jee. Org kuat agama ni lbh pentingkan bina masjid, bukan penting g holiday dlu hahaaa.. Artis sendu yg batak perhatian

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama