Ahli parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini mencadangkan agar musibah banjir yang melanda setiap tahun di beberapa negeri boleh menjadi tarikan pelancongan, memetik laporan Sinar Daily.
Ujarnya, lebih baik kerajaan mengambil peluang dengan mengadakan promosi ‘pelancongan sukarelawan’ daripada setiap tahun menangisi keadaan yang tidak terkawal dan berlaku saban tahun.
Jika tahu ia akan datang, maka mulakan perancangan sekarang.
Mungkin kita boleh megadakan pelancongan sukarela di mana orang ramai datang ke negara ini untuk membantu kita menghadapi banjir.
Nazri turut menambah bahawa ia boleh menjadi pemangkin dan pelapis ketika negara berdepan cabaran ekonomi dengan menarik pelancong asing menyertai program sukarelawan ketika negeri terjejas menghadapi bencana alam seperti banjir.
Dia juga mengambil contoh banjir tahunan yang terjadi di Kuala Krai, Kelantan yang dianggap seperti perayaan.
Banjir umpama perayaan. Setiap musim tengkujuh, kami mengadakan perayaan banjir dan orang akan datang. Sebab sekarang ada sukarelawan, orang asing datang buat kerja sukarela dan mereka bayar (contoh membeli tiket dan sebagainya).
Namun begitu, cadangan yang dikemukan Nazri Aziz itu dikecam oleh kebanyakan warga maya dan juga ahli politik yang lain.
Pelancong banjir yang dimaksudkan Nazri Aziz pic.twitter.com/9TKgxXBNYY
— Laga Cawan ? (@LagaCawan) June 18, 2022
Ini berikuta kata netizen, ramai rakyat menderita apabila mereka kehilangan harta benda malah ada yang kehilangan orang tersayang akibat terkorban dalam bencana banjir yang boleh diramal terjadi pada setiap tahun.