Benarkan Pelanggan ‘Dine-in’ Di Warung, Peniaga Dikompaun RM 10,000

Trending

Benarkan Pelanggan ‘Dine-in’ Di Warung, Peniaga Dikompaun RM 10,000

Di Sungai Petani, seorang peniaga warung dikenakan kompaun RM 10,000 kerana membenarkan pelanggan untuk makan di warung yang terletak di tempat letak kereta Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), hari ini, lapor Harian Metro.

Asisten Komisioner Adzli Abu Shah selaku Ketua Polis Daerah Kuala Muda berkata, pemeriksaan yang dilakukan pada 9.45 pagi itu memperlihat terdapat beberapa pelanggan yang sedang makan di warung berkenaan bertempiaran untuk melarikan diri.

Advertisement

“Berikutan pemeriksaan berkenaan, peniaga terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan kompaun kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)”

Dilaporkan peniaga itu didapati gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerana membenarkan pelanggan untuk dine-in di kedai makan.

Menurut Adzli, pihak polis tidak akan berkompromi dan tidak akan memilih kasih kepada mana-mana individu sekiranya melanggar SOP yang ditetapkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...