Benarkan Anak Diberi Imunisasi, Bantu Cegah Penyakit Serius Termasuk “Campak”

Trending

Benarkan Anak Diberi Imunisasi, Bantu Cegah Penyakit Serius Termasuk “Campak”

suntikan-imunisasi-Jabatan Kesihatan Kelantan meminta ibu bapa supaya membenarkan bayi mereka diberi suntikan imunisasi dalam usaha mencegah daripada dijangkiti penyakit serius termasuk campak.

Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata bayi sepatutnya diberi suntikan imunisasi secara berperingkat untuk 12 penyakit selepas dilahirkan.

Advertisement

Namun, katanya ada ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka diberi suntikan imunisasi itu kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya vaksin imunisasi yang digunakan itu daripada bahan haram.

“Sikap ibu bapa berkenaan menyukarkan pihak kami dalam melaksanakan pelbagai langkah untuk mencapai matlamat sifar kes campak di Kelantan menjelang 2018,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Imunisasi Peringkat Kelantan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Tangok di sini, hari ini.

Beliau berkata sejak Januari hingga 15 Mei lepas, sebanyak 10 kes campak membabitkan pesakit berusia di antara 5 bulan dan 31 tahun dlaporkan di negeri ini.

Sebanyak empat kes dilaporkan di jajahan Pasir Mas diikuti tiga kes di Bachok, masing-masing satu kes di Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Jabatan Kesihatan Kelantan juga merekodkan 31 kes campak pada 2011, diikuti 71 kes (2012), 44 kes (2013), 20 kes (2014) dan 25 kes (2015).

“Kebanyakan pesakit terbabit didapati tidak mengambil suntikan imunisasi bagi mencegah campak,” kata Dr Ahmad Razin.

Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang turut hadir pada majlis itu berkata Islam membenarkan pengambilan suntikan imunisasi.

“Jika tidak diambil, ia memberi mudarat…oleh itu, hukumnya harus (diambil suntikan imunisasi) kerana ia dilakukan oleh pakar bidang berkenaan,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.