Benarkah Simpan Darah Tali Pusat Anak Ada Manfaat? Ini Respon Imam Muda Asyraff

Trending

Benarkah Simpan Darah Tali Pusat Anak Ada Manfaat? Ini Respon Imam Muda Asyraff

Sebelum ini selebriti, Sasha Mohd Saidin, 41, dikatakan sanggup menyimpan darah tali pusat anaknya, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 7, sebaik dilahirkan demi kepentingan kesihatan anaknya itu di masa depan.

Advertisement

Sasha berkata, walaupun tindakannya itu dianggap pelik oleh rakan dan kenalan, dia yakin usaha itu memberi banyak manfaat di masa depan untuk Adam.

“Adam mungkin tidak memerlukan darah tali pusat berkenaan, tapi pada masa depan ia sangat berguna untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.”

“Sekarang, sudah banyak kajian menunjukkan manfaat darah sel stem yang diambil dari tali pusat untuk menyembuhkan penyakit seperti barah darah.”

“Tidak mustahil banyak lagi kajian akan dijalankan yang mana boleh menjadi penawar penyakit lain,” katanya.”

Sasha berkata demikian pada Forum Perdana berkaitan sel stem di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.

Beliau mengakui banyak membuat kajian mengenai kebaikan sel stem dalam merawat pelbagai penyakit.

Beliau juga mendapat galakan, terutama daripada ibunya yang gemar menggunakan bahan semula jadi atau organik untuk merawat penyakit ringan seperti batuk.

Dalam pada itu juga, perkongsian daripada Sasha Saidin mendapat pujian daripada Imam Muda Asyraff yang juga merupakan salah seorang daripada ahli panel semasa forum tersebut.

“Respect Sasha. Perkongsian yang baik dan berani. Tak semua orang mampu buat.”

Sumber : majalahpama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...