November 21st, 2016

Gara-gara memuat naik status yang mendalam dan menggambarkan beliau seakan melepaskan sesuatu, ada beberapa pihak mula menyebarkan khabar angin bahawa Sharnaaz Ahmad sudah putus cinta sekali lagi.

Malah, menerusi ruangan komen di Instagram Sharnaaz, ramai peminatnya memberikan kata-kata semangat buat artis pujaan mereka itu.

Walaubagaimanapun, menerusi muat naik terbaru di Instagram kekasihnya Noor Nabila, hubungan mereka nampaknya tidak mempunyai sebarang masalah.

Sharnaaz bersama keluarga kekasihnya itu sempat menikmati makan malam bersama bagi meraikan ulangtahun kelahiran bapa tiri Noor Nabila.

Sebelum ini Sharnaaz ada meluahkan hasratnya untuk menjadikan Noor Nabila sebagai suri  hidupnya. Kami berharap impian Sharnaaz terlaksana satu hari nanti. Doakan agar jodoh mereka berpanjangan.


Comments are closed.

Loading...