Benarkah Pelumba MotoGP Hafizh Syahrin Pemilik Cop Dagangan ‘Bossku’?

Trending

Benarkah Pelumba MotoGP Hafizh Syahrin Pemilik Cop Dagangan ‘Bossku’?

Perkataan ‘Bossku’ boleh dikatakan perkataan paling popular di kalangan masyarakat Malaysia buat masa ini. Segalanya bermula selepas bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak melancarkan program baharunya, ‘Malu Apa Bossku’.

Advertisement

Perkataan tersebut merupakan bahasa slanga yang kini digunakan dalam kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal. Sejak itu, ramai peniaga mengambil kesempatan menggunakan perkataan tersebut untuk melariskan perniagaan.

Namun tahukah anda, perkataan itu mirip gelaran yang diberikan kepada pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin. Di litar, Hafizh diberi nama jolokan “BO55KU’ sempena nombor bertuah ’55’ yang merupakan nombor perlumbaannya.

Lebih menarik, perkataan tersebut bakal menjadi tanda dagangan buat Hafizh apabila dia membuat permohonan di MyIpo untuk menjadi pemilik hakcipta perkataan Bossku. Hal ini didedahkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Zaiful Zalizam.

Menurut Zaiful, permohonan Hafizh pada ketika ini masih lagi dalam proses dan sekiranya diluluskan, Hafizh bakal mempunyai kuasa untuk menyaman mana-mana pihak yang menggunakan perkataan ‘bossku’ pada produk tanpa kebenaran daripada pihaknya.


Persoalannya patutkah perkataan slanga yang telah diguna pakai sejak sekian lama ini dijadikan hak milik seseorang individu?

Sumber Berita: The Vocket

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...