Beberapa hari lalu Malaysia telah dikejutkan dengan berita duka dimana 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tewas terlibat dalam nahas dua helikopter bertembung di udara.
Mati syahid
Ekoran berita tersebut, timbul pula persoalan sama ada mangsa-mangsa yang beragama Islam tersebut dikira mati syahid di jalan Allah SWT ataupun tidak.
Menjawab persoalan itu, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata semua yang terkorban dalam insiden itu disifatkan sebagai syahid akhirat.
Syahid ada dua, syahid dunia dan syahid akhirat.
Syahid dunia, mati ketika berperang dengan tentera kafir. Manakala syahid akhirat wajib dimandi, dikafan serta disolatkan.
Kategori yang ada
Bukan itu sahaja, Azhar turut memberitahu, berdasarkan hadis terdapat juga beberapa kematian yang dikategorikan sebagai syahid akhirat meskipun tidak meninggal dalam perang.
Dalam teks hadis ialah mati beranak, lemas, terbakar, mati akibat wabak atau penyakit dalam perut serta mati dihempap atau ditindih sesuatu yang berat.
Kalau mati tertindih helikopter, maka ulama kiaskan dengan mati tertindih benda yang keras.
@ustaz.azhar.idrus Adakah Insiden Nahas Helikopter Syahid Akhirat? – Ustaz Azhar Idrus #uaioriginal #ustazazharidrusofficial #fyp ♬ آهات إسلامية – Willy Lerato
Untuk rekod, Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas itu dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.