Benarkah Madu Berbahaya Kepada Anak Kecil Walaupun Untuk Bertahnik?

Trending

Benarkah Madu Berbahaya Kepada Anak Kecil Walaupun Untuk Bertahnik?

Madu adalah sejenis manisan asli yang semua orang suka tak kira orang dewasa, orang muda, orang tua mahu pun kanak-kanak. Tetapi, dalam banyak-banyak manisan sebenarnya madu tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi.

Advertisement

Proses Tahnik

Bertahnik adalah amalan sunnah Rasulullah dengan memberi secalit kurma yang telah dihancurkan kepada bayi. Namun silapnya, ramai yang menyangka boleh menggunakan manisan lain selain kurma seperti madu untuk tahnik bayi.

Rata-ratanya menganggap bahawa memberi madu kepada anak kecil adalah amalan yang menjadi kebiasaaan. Sesetengahnya percaya, madu yang dilihat sebagai suatu benda yang berkhasiat adalah baik untuk bayi juga. Namun, perlu tahu bahawa madu boleh menjadi racun kepada bayi.

Memetik laporan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bersetuju bahawa memberi madu kepada bayi yang dibawah umur 12 bulan adalah tidak elok. Samaada dicampur dengan susu, untuk legakan kesakitan gusi atau jadi bahan tambahan ke dalam makanan bayi.

Kenapa Bayi Tidak Boleh Makan Madu?

Apabila bayi diberi makan madu, masalah yang akan timbul dari tindakan mikrobium yang berkembang. Dalam tubuh bayi terkandung persekitaran yang dikenali sebagai mikroorganisma bertindak seperti bakteria dan archaea yang membantu sistem diet serta mempengaruhi fungsi organ.

Sebelum umur bayi mencecah satu tahun, bakteria yang terdapat dalam usus mereka belum cukup tempoh berkembang untuk menjadi satu perisai menghentikan bakteria berbahaya agar tidak menjangkiti tubuh badan.

Salah satu bakteria yang berpotensi untuk menjadi racun kepada bayi adalah clostridium. Selain menjadi punya kepada penyakit keracunan, malah ia juga sering dijumpai di dalam madu asli mentah yang tidak di proses.

Hasil kajian yang telah dilakukan pada tahun 1998, mendapati sebanyak 25% kandungan madu dijumpai pada spora bakteria itu.

Kesan Botulisme Pada Bayi

Serangan botulisme terhadap bayi agak menakutkan. Ia berupaya melemahkan otot bayi hingga jadi terkulai dan tidak boleh menggerakkan anggota badan dengan baik. Malah, akibatnya juga boleh menjadi lebih teruk seperti menyebabkan sistem pernafasan terganggu.

Walaupun tiada kesan jangka panjang dari keracunan makanan ini seandainya terdapat simptom yang boleh membahayakan nyawa selain kaedah rawatan yang mudah untuk didapati, adalah lebih baik mengelakkan agar tidak berlaku.

Elakkan juga dari memberi madu kepada kanak-kanak yang umurnya masih dibawah satu tahun. Seandainya telah terbahagi, pantau tahap kesihatan bayi anda. Jika ada tanda-tanda sesak nafas atau lemah anggota badan, segeralah dapatkan rawatan doktor untuk diagnosis lanjut.

Sumber : Mayo Clinic, BMJ Case Report & World Health Organization

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...