Syarat pengiraan potongan gaji 60% dalam slip gaji untuk pembiayaan perumahan kakitangan awam telah dikecualikan.
Ini bermakna kakitangan awam masih layak memohon pembiayaan perumahan walaupun jumlah pendapatan bersih dalam slip gaji kurang daripada 40%.
Memetik kenyataan Salkukhairi Abd Sukor di laman facebooknya, beliau berkata, akhirnya apa yang diperjuangkan oleh HartaGuam selama ini akhirnya didengari oleh pihak kerajaan.
Walaubagaimanapun beliau berkata, HartaGuam akan terus memantau dari masa kesemasa agar sebarang polisi yang dilaksanakan oleh LPPSA melindungi hak dan kepentingan kakitangan awam.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa dalam satu siaran media turut memberi respon mengenai khabar gembira untuk penjawat awam mengenai pengecualian syarat potongan gaji 60% untuk pembiyaan perumahan kakitangan awam.
“Pengecualian potongan ini tidak terhad kepada perumahan PPA1M sahaja tetapi semua jenis skim perumahan,” jelas Dr Ali Hamsa.