December 21st, 2011

Lupakan ‘2 Alam’, kerana pada masa itu Aaron Aziz belum mencapai status ‘hot stuff‘ seperti sekarang. Pelakon berusia 35 tahun kelahiran Singapura ini seperti mencipta gelombang kebelakangan ini dengan kutipan yang memberangsangkan untuk filem Ombak Rindu, teater Badai Semalam dan rating yang tinggi untuk drama terbaru lakonannya iaitu Jiwa dan Lara. Secara pakej, dia ada rupa dan ada kebolehan. Secara peribadi, dia ialah idola yang baik untuk lelaki dan impian ramai wanita. Jadi bersetujukah anda yang Aaron Aziz dalah satu faktor yang mempu ‘menjual’ sesuatu karya kepada khalayak?
PhotobucketAtau bagi anda ini ialah satu ‘fad‘, di mana fenomena ini berlaku untuk jangkamasa pendek, dan sedikit masa lagi akan ada aktor lain yang mengambil alih takhta pelakon lelaki popular dari Aaron? Apa pun, layan lagi 3 gambar sewaktu Aaron berada di Dataran Merdeka untuk The Achilles Formula Drift Malaysia 2011 baru-baru ini sebagai duta minuman tenaga Drive M7 selepas seksyen undi!  Kredit gambar We Love Aaron Aziz.



Photobucket
Photobucket
Photobucket


Comments are closed.

Loading...