Benarkah 4 Punca Ini Mengakibatkan Nilai Ijazah Di Malaysia Semakin Jatuh?

Trending

Benarkah 4 Punca Ini Mengakibatkan Nilai Ijazah Di Malaysia Semakin Jatuh?

Mungkin topik ini agak hangat untuk diperkatakan namun kita tidak boleh mengelak isu ini dari dibincangkan kerana ia adalah realiti yang berlaku ketika ini.

Masyarakat sedar bahawa anak muda gigih belajar di universiti demi segulung ijazah.

Advertisement

Tapi agak membimbangkan bila keluar untuk bekerja, ramai yang tak dapat pekerjaan yang diidamkan. Malah apa yang lebih menyedihkan apabila dapat kerja yang tak kena dengan jiwa, dapat pula yang bergaji rendah.

Adakah fresh grad zaman sekarang perlu merendahkan expectation atau majikan yang perlu dipersalahkan?

Statistik Graduan 2017

Baru-baru ni ada share statistik graduan di Malaysia, tetapi ianya berdasarkan tahun 2016 memandangkan masa tu data tahun 2017 masih belum keluar.

Rupa-rupanya entah bila data tahun 2017 sudah mula keluar.

Berdasarkan statistik yang dijumpai, ianya agak menyedihkan:

1. Hanya 3.4% daripada fresh grad (ijazah) yang mendapat gaji RM3,000 dan ke atas, berbanding 22.5% pada tahun 2016

2. Manakala yang dapat gaji RM1,500 ke bawah pula meningkat dari 26.7% kepada 35.2%

3. Peratusan fresh grad yang mendapat pekerjaan tetap (permanent) jatuh secara konsisten daripada 63.4% pada tahun 2006 kepada 54.2% pada tahun 2017

Beberapa punca yang berkemungkinan terlibat seperti..

1. Lagging Effect

Tahun 2015 dan 2016 merupakan tahun ekonomi yang teruk. Kesannya dalam merangka bajet, syarikat mengurangkan peruntukan dalam mengambil pekerja baru, ini jelas berlaku di dalam syarikat-syarikat besar yang melaksanakan banyak pemotongan kos.

2. Sudah Cukup Pekerja Muda

Jika diperhatikan pada tahun 2015-2016 merupakan tahun yang paling seronok fresh grad (despite the bad economic condition, again lagging effect). Syarikat-syarikat besar ni ada bilangan yang terhad untuk pekerja muda. Maka kesannya, mereka sudah tidak begitu memerlukan pekerja muda.

3. Cautious Sentiment

Manusia ni tidak mudah lupa bila ianya melibatkan duit. Walaupun adanya syarikat yang menikmati tahun 2017 dengan baik, tetapi mereka masih berhati-hati dalam meningkatkan kos dengan mengambil lebih ramai pekerja. Keuntungan Petronas naik 94% tetapi dengarnya mereka masih tak ambil sangat pekerja baru.

4. Kerajaan Sendiri Mengurangkan Pengambilan Fresh Grad

Hanya 19.1% fresh grad yang mendapat kerja, bekerja dengan kerajaan pada tahun 2017, berbanding 23.7% pada tahun 2016.

Kesannya, kerja itu ada. Tetapi fresh grad tahun 2017 terpaksa bertolak ansur dengan mengambil pekerjaan yang tidak setimpal dengan tahap kelayakan mereka.

Untuk menyelesaikannya?

Samada fresh grad baru perlu mengalahkan kualiti senior-senior mereka, atau mereka sendiri perlu menjadi entrepreneur yang menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Dan pastinya peluang pekerjaan yang dihasilkan perlulah yang setaraf dengan degree. Terlalu ramai antara kita menawarkan fresh grad untuk membuat kerja jurujual.

Sumber : Majalah Labur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...