Dikecam kerana membenamkan muka anak buahnya, Ari ke dalam kek sempena sambutan hari lahir, pengacara Ain Edruce bertindak memadam video tersebut.
Menurut laporan Gempak, kejadian itu rata-rata warganet khabarnya kurang senang dengan perkara itu dan menganggap tindakana sedemikian boleh menyebabkan kanak-kanak itu trauma kerana gurauan sedemikian tidak bersesuain dengan Ari yang baru berusia empat tahun.
Lebih perit, wujud juga segelintir pihak yang mendakwa Ain seakan tidak sensitif terhadap keselamatan Ari yang kemungkinan boleh tercucuk benda asingĀ yang terdapat dalam kek itu.
Malah, ada juga yang tampil memaklumkan bahawa gurauan seperti itu langsung tidak kelakar dan menzahirkan rasa simpati kepada anak buahnya.
Namun begitu, dalam posting terbaharu di laman Instagram, Ain tampil memberitahu bahawa Ari berada dalam keadaan baik dan akui ahli keluarganya tahu cara gurauan sedemikian.
Sumber: Gempak