Ben Amir Harap Bakal Suami Mira Filzah Izin Berlakon

Hiburan

Ben Amir Harap Bakal Suami Mira Filzah Izin Berlakon

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon tampan Ben Amir selepas gandingannya bersama aktres Mira Filzah menerusi drama Sweet Dream mula menjadi fenomena sehingga mampu melonjakkan namanya dalam industri hiburan tempatan.

Ben Amir Harap Bakal Suami Mira Filzah Izin Berlakon

Advertisement

Biarpun mengakui popularitnya sedikit menurun susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang di laksanakan pada 18 Mac lalu, namun Ben menafikan bahawa kehidupan sebagai anak seni ada naik turunnya.

Ujarnya lagi, beliau kini sedang mempersiapkan diri untuk kembali aktif dalam bidang lakonan selepas enam bulan tidak berlakon.

Ben Amir Harap Bakal Suami Mira Filzah Izin Berlakon

“Alhamdulillah selepas kejayaan tahun lepas… graf naik tapi sebab PKP, jatuh sikit. Tapi tak apa sebab sebagai pelakon ada turun naik… namun apabila dah jatuh kena naik balik.”

Bagaimanapun, ben juga sempat menzahirkan rasa gembira selepas mengetahui Mira bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Malah, dirinya juga tidak ketinggalan berharap bakal suami Mira akan mengizinkannya untuk terus berlakon.

Ben Amir Harap Bakal Suami Mira Filzah Izin Berlakon

“Saya seronok dia nak kahwin, harap lepas ni dapat berlakon lagi dan suami izinkan… saya selesa berlakon dengan dia.”

Disoal berkenaan jodohnya, Ben akui beliau akan mengambil masa dua atau tiga tahun lagi kerana kini dikhabarkan masih belum stabil malah mendedahkan dirinya juga tidak lagi bertemu calon yang sesuai untuk dijadikan isteri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...