Ben Amir Gigih Belajar Bahasa Tagalog, Impi Berlakon Di Filipina – “Mula Dengan Iklan Dulu..”

Hiburan

Ben Amir Gigih Belajar Bahasa Tagalog, Impi Berlakon Di Filipina – “Mula Dengan Iklan Dulu..”

Pelakon berbakat, Ben Amir memaklumkan dia ada menyimpan hasrat untuk melebarkan sayap lakonan di Filipina.

Dia yang kini sudah empat bulan menetap di negara itu juga mendedahkan sudah bertemu dengan pihak pengurusan bakat di Filipina selain berusaha keras mempelajari bahasa tagalog.

Advertisement

Saya memang dalam perancangan ingin berlakon di Filipina. Baru-baru ini saya ada hubungi pengurusan bakat di sana, mereka sudah tengok profile saya dan berminat tapi sudah tentu kalau kita pergi tempat orang, kena cakap bahasa merekalah (tagalog).

Saya masih lagi belajar berbahasa tagalog tetapi pihak pengurusan itu beritahu mungkin saya boleh mulakan dengan buat iklan komersial terlebih dahulu (TVC).

TVC tak ada dialog sangat, insya-Allah perlahan-lahan sebab sekarang saya tak fokus untuk kerjaya lakonan di sana laig kerana nak tunggu saya fasih berbahasa tagalog dahulu.

Tambah Ben, dia tidak memasuki kelas bahasa Tagalog secara khusus namun hanya belajar berbual dengan warga tempatan.

Saya belajar dengan orang tempatan saja, tidak masuk sebarang kelas. Sembang dengan makcik, mereka pun suka melihat orang luar sanggup belajar bahasa Filipina.

Perkembangan terkini, Ben bakal muncul dalam filem Legasi : Bomba The Movie arahan James Lee dan Frank See.

Dia yang berhijrah ke Pulau Siargao Filipinan pada April lalu berkata keputusan tersebut dibuat kerana enggan lagi mengulangi rutin sama ketika menetap di Kuala Lumpur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Linda Hashim
2025-08-19 15:05:24

"Saya Warning, Jangan Ganggu Hidup Saya.." - Tak Balik Rumah 9 Bulan, Linda Hashim Dakwa Dipukul Beego

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Hib Glam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...