Ben Ali Nafi Perkahwinan Dengan Nadiyah Shahab Kini Bergolak – “Doakan Yang Baik-Baik”

Hiburan

Ben Ali Nafi Perkahwinan Dengan Nadiyah Shahab Kini Bergolak – “Doakan Yang Baik-Baik”

Pelakon dan usahawan, Ben Ali tampil menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangganya bersama aktres Nadiyah Shahab kini sedang bergolak.

Ujar Ben, dia dan Nadiyah berada dalam keadaan baik dan sedang sibuk mengadakan persiapan bagi satu projek khas menjelang Aidilfitri ini.

Advertisement

Tiada isu pun. Saya dan Nadiyah baik-baik saja. Malah kami berdua akan muncul dalam sidang media bersempena acara yang kami akan kendalikan tak lama lagi.

Saya tiada pula dengar desas-desus perkara yang tak baik dalam rumah tangga kami. Tapi biasalah, dalam melayari bahtera rumah tangga sudah pasti akan ada pasang surutnya.

Tambahnya lagi, dia dan isteri akan cuba menyelesaikan masalah sehabis baik dan mengakui tiada perkahwinan yang tidak dilanda badai.

Rumah tangga kami pun sudah memasuki tahun yang ketujuh, sudah tentulah ia tidak berjalan sempurna sepanjang masa. Itu sajalah.

Memang tiada isu. Doakan yang baik-baik, Itu yang kita minta daripada semua.

Sekadar info, Ben dan Nadiyah telah bergelar suami isteri pada 10 November 2018 di sebuah majlis yang berlangsung di The Ballroom at East Coast, Singapura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Emma maembong didakwa sudah bernikah dengan dj kelab malam
3 hours ago

Emma Maembong Didakwa Sudah Kahwin Dengan Deejay Kelab Malam, Ini Respon Chacha Maembong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...