Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Ben Affleck, 42 tahun dan Jennifer Garner, 43 tahun mengesahkan bakal bercerai dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Keputusan untuk bercerai ini dilakukan selepas membuat pertimbangan secara matang.
Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh pasangan ini:-
Selepas berfikir panjang dan mempertimbangkan banyak perkara, kami membuat keputusan yang sukar iaitu bercerai tetapi akan terus mencintai serta kekal menjadi teman. Kami juga bergilir mengasuh anak kami.
Dalam keadaan sukar ini, kami berharap anda semua menghormati hak peribadi kami. Terima kasih di atas pengertian anda.
Memang menyedihkan apabila perkahwinan yang dibina sudah 10 tahun berakhir begitu sahaja. Namun sekurang-kurangnya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membuat yang terbaik demi anak-anak mereka. Di kala ini, masa depan anak-anak adalah lebih penting. Takziah diucapkan kepada Ben dan Jennifer atas penceraian ini.