Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Belum Terima Bayaran Hampir RM200,000, Ruhainies Bengang Dengan Syarikat Insurans

Pelakon Ruhainie meluahkan rasa berang apabila dia dilaporkan masih belum menerima bayaran berjumlah hampir RM200,000 daripada sebuah syarikat insurans terkemuka negara.

RuhainiesSumber : Instagram Ruhainies  

Pelakon kecil molek ini menzahirkan perasaannya itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya pada malam Selasa lalu.

Advertisement

Menurut Ruhainies, di berasa terkilan dengan sikap sambil lewa syarikat insurans terbabit dan turut memberi tempoh masa selama tiga hari kepada pihak yang berkenaan agar melunaskan bayaran tersebut sebelum mengambil tindakan susulan.

Pelakon drama Jejak Karmila ini juga sempat memberikan pesanan kepada mereka di luar sana agar berhati-hati apabila membeli insurans dengan memilih syarikat yang mempunyai reputasi yang terbaik.

RuhainiesSumber : Instagram Ruhainies, Astro Gempak  
RuhainiesSumber : Instagram Ruhainies, Astro Gempak  

Ini berikutan apabila banyak janji manis ditaburkan ketika mencari pelanggan namun hanya berdiam diri jika berlaku sesuatu musibah dan masalah.

Dedahnya lagi, dia telah mendiamkan diri selama hampir setahun dengan ejen insuran tersebut namun kini enggan lagi memberi muka dan bersabar.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by @ruhainies7

“Dah lama sangat kes ini bertangguh, e-mel tidak berjawab..Senyap sunyi semua. Jujur saya katakan, tahap kesabaran saya ini ada hadnya. Apa pun saya akan tunggu sehingga Jumaat ini untuk pihak mereka tampil memberi penjelasan dan melunaskan bayaran yang dituntut.”

Ruhainies yang ditemui media berkata, dia terpaksa memberi amaran kepada syarikat berkenaan menerusi media sosial kerana beranggapan itu sahaja cara terbaik untuk menarik perhatian mereka dalam menyelesaikan masalah ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Aku Menyampah

    February 17, 2021 at 8:57 pm

    Try hard sgt utk nmpk cantik.. Tp tak nmpk cantik pun…

Loading...
To Top