Sudah lama mendiamkan diri dari industri lakonan, pelakon dan pengacara Datin Fouziah Gous mengakui dirinya masih belum bersedia untuk kembali berlakon dan masih ingin mengutamakan perniagaannya.
Belum tiba masa ambil tawaran berlakon
Kata aktres ini, meskipun dia ada mendapat tawaran untuk kembali berkarya sebagai seorang pelakon, namun Fouziah terpaksa menolak atas dasar komitmennya terhadap syarikat yang diusahakan sejak sedekad lalu.
Sebenarnya ada sahaja pengarah yang panggil saya berlakon. Macam mama Erma Fatima pernah tanya saya ‘kau tak nak berlakon lagi ke?’. Ada juga orang yang saya kenal tanya dan siap pujuk untuk buat sekali sahaja projek terbaru mereka. Tapi urusan kerja macam itu perlu komitmen.
Tambahan pula saya ceo syarikat. Jadi banyak perkara yang berkaitan fizikal saya perlu ada. Jadi belum sesuai untuk saya ambil tawaran berlakon. Lagipun, saya tak nak ambil sekadar ala kadar sahaja. Mesti saya nak buat yang terbaik kalau nak buat come back semula.
View this post on Instagram
Memilih karya
Dalam pada itu, pelakon ini turut memberitahu dirinya akan memilih naskah yang bersesuaian terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk muncul semula dalam industri seni.
Harus memilih fasa sekarang berbanding dahulu sebab kita bukan lagi dalam industri. Dulu job kita mungkin itu sahaja dan kita kena terima. Sekarang saya dah ada banyak benda nak fokus.
Rindu terhadap lakonan ada sahaja, tapi kalau dapat yang best, bagus. Tak nak la kalau buat yang tak best.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.