Belum Selesai Masalah COVID-19 Dan Taufan Amphan, India Kini Diserang Jutaan Belalang

Kehidupan

Belum Selesai Masalah COVID-19 Dan Taufan Amphan, India Kini Diserang Jutaan Belalang

‘Sudah jatuh ditimpa tangga’, tahun 2020 boleh dikatakan adalah tahun yang menyedihkan buat rakyat India, apabila mereka kini perlu berhadapan dengan serangan segerombolan belalang.

Walaupun fenomena belalang bukanlah sesuatu yang baru di negara itu tetapi ianya dikatakan serangan terburuk sejak 27 tahun. Untuk pengetahuan anda, serangan belalang ini boleh memusnahkan tanaman yang ada dan mempengaruhi kehidupan petani.

Advertisement

Bukan itu sahaja, lebih teruk lagi ianya turut dijangka akan memutuskan bekalan makanan di sana.

Antara petani yang terjejas

Jutaan belalang menyerang India

Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian, dalam masa sehari sahaja sekitar 40 juta ekor belalang dapat makan bekalan untuk seramai 35,000 orang, dengan anggapan bahawa setiap individu memakan 2,3 kg makanan sehari.

Bagaimanapun, sumber makanan rakyat India dikatakan sudah banyak terjejas dek serangan COVID-19 dan juga taufan Amphan yang melanda baru-baru ini.

Difahamkan, ia hanya dikesan di kawasan Ajmer sahaja pada 20 Mei yang lalu tetapi dalam masa lima hari sahaja ia sudah sampai ke Dausa, Rajasthan yang dikatakan perlu menempuh jarak sekitar 200 kilometer untuk sampai ke sana.

Belalang yang dilaporkan tumbuh dan matang di wilayah Iran dan Pakistan ini telah menyerang  16 daerah di sana dan dijangka akan menyerang 17 daerah lagi dalam masa terdekat.

Jutaan belalang menyerang India

Jutaan belalang menyerang India

Belalang yang menyerang India

Oleh itu, kerajaan India telah mengeluarkan amaran dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengedarkan bahan kimia secukupnya untuk membendung serangan bersama pasukan bomba bersiap sedia menghadapi serangan belalang yang akan berlaku.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...