Sedia maklum, sejak beberapa hari yang lalu, cuaca di negara kita tidak terlalu elok kerana hujan lebat tanpa henti telah mengakibatkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan ibu negara.
Jika lihat di platform media sosial, banyak foto-foto air naik di jalan utama di sebarkan dan ianya membuatkan orang ramai berasa risau melihat situasi yang berlaku.
Antara kawasan yang dinaiki air di Kuala Lumpur adalah Jalan Kuching, Jalan Tunku Abdul Halim, Jalan Sematan, Pintasan Segambut dan banyak lagi.
Kementerian Wilayah Persekutuan turut tidak lupa menasihati orang ramai di laman Facebook agar warga di kota untuk berhati-hati di jalan raya ketika ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar pihak bertanggungjawab segera membuat keputusan selanjutnya secepat mungkin dan ada juga yang persoalkan sistem perparitan negara yang dianggap lemah serta tidak terlalu membantu untuk mengekang masalah banjir.
Sekadar info, Malaysia sebelum ini pernah dilanda banjir kilat yang teruk sekitar bulan Mac pada tahun ini sehingga ada yang kehilangan tempat tinggal dan menjadi topik hangat di media sosial.