Belum Sedia Untuk Timang Cahaya Mata – Sharifah Sakinah

Hiburan

Belum Sedia Untuk Timang Cahaya Mata – Sharifah Sakinah

Sudah menjadi kebiasaan apabila ada sahaja artis yang  sudah berkahwin beberapa bulan, pasti ada ahli keluarga mahupun peminat bertanya, “bila nak dapat anak?” “dah ada isi ke?”.  Buat pelakon Sharifah Sakinah, beliau juga tidak dapat lari daripada situasi tersebut tetapi jelasnya buat masa ini beliau masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata dan ingin memberikan perhatian kepada kerjayanya.

Advertisement

Sakinah juga sedang merencana untuk meneruskan pengajian dalam kursus kecerdasan di New York pada tahun hadapan.

Saya faham, mungkin ada yang salah faham dengan apa yang saya kongsikan. Rezeki dikurniakan anak ini, kita tak boleh dirancang, kalau sudah ditakdirkan saya terima dengan hati yang terbuka. Antara faktor saya belum bersedia ialah, saya ingin meneruskan pengajian dan ingin belajar kursus kecerdasan di luar negara iaitu New York. Saya dijangka akan bertolak ke negara barat itu pada tahun hadapan sekitar bulan Mac selama 6 bulan

Umumnya ramai yang mengetahui, saya mempunyai kelas ‘fitness’ yang meliputi senamrobik, zumba dan lain-lain. Jadi saya mahu tambahkan lagi ilmu pengetahuan untuk dikongsikan kepada semua untuk di kelas akan datang.

Pada masa yang sama, beliau yang berjaya memenangi Anugerah Pelakon Wanita Komedi Popular pada hari Jumaat minggu lepas merasa bersyukur atas kemenangan tersebut meskipun ada sesetengah pihak yang merasakan beliau tidak layak.

Rezeki untuk menimang cahaya mata semuanya terletak di tangan Tuhan dan manusia hanya boleh merancang. Bak kata Sharifah Sakinah, kalau sudah ada rezeki beliau pun akan terima dengan hati yang terbuka. Jadi sama-sama doakan yang terbaik buatnya.

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...