Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Belum Sampai Seru Untuk Bertudung – Ziana Zain

Semenjak dua menjak ini, ramai artis-artis muda seperti Ana Rafali, Diana Amir, Farah Asyikin dan beberapa orang lagi yang telah berhijrah untuk memakai tudung sepenuhnya. Ini satu perkembangan yang sangat sihat. Dan Harian Metro hari ini bertanyakan kepada Ziana Zain yang telah berusia 44 tahun tentang keinginan untuk bertudung.

ziana zain

Advertisement

Ini jawapan Ziana Zain yang boleh dibaca sepenuhnya di Harian Metro:-

Penghijrahan manusia Allah s.w.t. berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara yang berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba. Saya pasti suatu hari nanti saya akan melakukan hal (bertudung) yang sama, tinggal lagi masa saja akan menentukan. Sebagai seorang Muslim, Insya-Allah jika diberi kesempatan suatu hari nanti saya ingin menunaikan fardhu haji.

Masa itu memang tidak boleh buka-buka lagi dah kerana apabila ke sana kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Esa untuk berubah dan bertaubat. Jadi kita perlu pegang pada janji. Apa pun saya kagum dengan adik-adik yang memperoleh seru di usia yang muda dan berharap mereka ikhlas dan terus begitu. Sesetengah orang sudah elok bertudung, bila rasa jemu dibukannya tudung. Tidak manislah begitu seolah mempersendakan agama pula dan inilah yang saya bimbangkan sebenarnya. Bila keputusan ini kita buat seikhlas hati tanpa pengaruh atau desaka mana-mana pihak, Insya Allah perubahan yang dilakukan itu adalah terbaik kerana ia datang dari lubuk hati yang murni.

Jadi kepada peminat-peminat kipas susah mati Ziana Zain, Abang Nara tahu anda mahukan penyanyi kesayangan anda ini bertudung lebih-lebih lagi ketika ini usianya yang sudah hampir mencecah 50 tahun. Apa yang boleh anda lakukan tak lain tak bukan ialah doakan agar Ziana Zain dimurah rezeki untuk dipanggil menunaikan haji. Daripada kefahaman Abang Nara, bila Ziana Zain dipanggil ke sana kelak, pastinya dia akan berhijrah untuk bertudung. Sama-sama kita doakan.

P.S: Buat lukisan yang sangat awesome menggunakan api. Hebat benar!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

334 Comments

  1. ALIA

    March 14, 2012 at 11:49 am

    dia pnya hal la nak pkai tak nak sbuk nape…jnji hati dia baik dah..ingat smua yg pkai tudung tu baik2 ke. tak pyah nak ceramah kt org la. kt dunia nie tak pkai tudung pn berlambak laa..kt begara arab pn rmai pmpuan pkai seksi lagi la negara yg bnyak dgan sejarah islam.

  2. Kedai TeddyBear Cute

    March 7, 2012 at 8:09 pm

    manis senyuman Ziana..?

    hhuhuhuhuhuhu……………………..:D

  3. IESTA

    March 6, 2012 at 4:51 pm

    kalau nk seru hantu anytime je boleh erk, tapi nk pakai tudung nk kne seru jugak ke?.haiyoo…its not the point, kalau bende wajib, agama pn islam, time kanak2 boleh lah buat statement cmtu, tp ni dah tua, bende mmg wajib kak oi, akai ad pikiak, dosa dan pahala boleh beza da….

  4. jyemmjambu

    March 1, 2012 at 11:12 am

    tapi kan bg nara..n empunya diri kak ziana…saya nk tanya..ikhlas dr hati..kalau ajal sampai dulu dari seru macam mane tu….sesungguhnya perkara yg wajib tu tak perlu tunggu seru..macam solat n puasa jugak…bende tu akan di hisab..takkan bila si malaikat maut dtg nk cabut nyawa kita cakap…sekejap!!!!tunggu aku blum smp seru lagi….fikir2kan lah..sekadar peringatan n nasihat kepada saya dan anda semua..

  5. Alfa Cute

    February 29, 2012 at 12:20 am

    Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.

Loading...
To Top