February 21st, 2012

Semenjak dua menjak ini, ramai artis-artis muda seperti Ana Rafali, Diana Amir, Farah Asyikin dan beberapa orang lagi yang telah berhijrah untuk memakai tudung sepenuhnya. Ini satu perkembangan yang sangat sihat. Dan Harian Metro hari ini bertanyakan kepada Ziana Zain yang telah berusia 44 tahun tentang keinginan untuk bertudung.

ziana zain

Ini jawapan Ziana Zain yang boleh dibaca sepenuhnya di Harian Metro:-

Penghijrahan manusia Allah s.w.t. berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara yang berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba. Saya pasti suatu hari nanti saya akan melakukan hal (bertudung) yang sama, tinggal lagi masa saja akan menentukan. Sebagai seorang Muslim, Insya-Allah jika diberi kesempatan suatu hari nanti saya ingin menunaikan fardhu haji.

Masa itu memang tidak boleh buka-buka lagi dah kerana apabila ke sana kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Esa untuk berubah dan bertaubat. Jadi kita perlu pegang pada janji. Apa pun saya kagum dengan adik-adik yang memperoleh seru di usia yang muda dan berharap mereka ikhlas dan terus begitu. Sesetengah orang sudah elok bertudung, bila rasa jemu dibukannya tudung. Tidak manislah begitu seolah mempersendakan agama pula dan inilah yang saya bimbangkan sebenarnya. Bila keputusan ini kita buat seikhlas hati tanpa pengaruh atau desaka mana-mana pihak, Insya Allah perubahan yang dilakukan itu adalah terbaik kerana ia datang dari lubuk hati yang murni.

Jadi kepada peminat-peminat kipas susah mati Ziana Zain, Abang Nara tahu anda mahukan penyanyi kesayangan anda ini bertudung lebih-lebih lagi ketika ini usianya yang sudah hampir mencecah 50 tahun. Apa yang boleh anda lakukan tak lain tak bukan ialah doakan agar Ziana Zain dimurah rezeki untuk dipanggil menunaikan haji. Daripada kefahaman Abang Nara, bila Ziana Zain dipanggil ke sana kelak, pastinya dia akan berhijrah untuk bertudung. Sama-sama kita doakan.

P.S: Buat lukisan yang sangat awesome menggunakan api. Hebat benar!!!


334 responses to “Belum Sampai Seru Untuk Bertudung – Ziana Zain”

  1. Untitled says:

    tunggu seru , ok … tp bila ye ? agak2ny bila kak ziana rasa seru tu akn dtg? Rasulullah S.A.W dh menyeru umatnya spya mntup aurat sejak 1400+ thun yg lepas. Allah Taala melaknat org2 yg x mntup aurat. jd apa tggu lgi? berubahlah sblum pintu taubat ttutup. mgkin seru yg dwar2kan tu adalah MATI kot ….

  2. zax says:

    pesanan buat artis dan saya sendiri : tunaikan lah segala suruhan allah s.w.t dan tinggalkan larangannya. better xyah jawab la soalan2 macam ni..takut lari akidah.

  3. fizz says:

    menutup aurat xperlu tunggu seru la…kita sbg hamba Allah kna ikut setiap suruhanNya…nak ke xnak ke kena tutup aurat…xtakut ke kena laknat dgn Allah…

  4. alia says:

    jnji dia slesa dgan penampilan dia lantak laa…memang la wajib kena pkai tudung tpi dah dia tak nak..dia lbih slesa dgan tak bertudung. bnda nie tak bleh dipakse2..org tua kerepot pn ade yg tak pkai tudung tu ape kes.

Loading...