August 16th, 2020

Miera Leyana yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tidak sampai sebulan dengan lelaki pilihan, Rosland Othman,47, yang merupakan seorang usahawan berjaya pada 26 Julai yang lalu.

Namun, baru-baru ada pula berita yang tidak sedap didengar mengenai pasangan ini apabila Miera dikatakan hidup bermadu dan suaminya didakwa sudah berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

Difahamkan, belum sempat 24 jam bergelar suami isteri, tular pula sebuah video yang dimuat naik di Youtube yang mendedahkan bahawa pelakon Lebuhraya Ke Neraka itu sebenarnya ‘hidup bermadu’.

Ketika ditemui, Miera dilihat tidak menafikan mahupun mengiyakan perkara tersebut mengenai dakwaan dirinya merupakan isteri kedua kepada Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi itu. Malah, menurutnya lagi, itu juga bukan sebab dia tidak mendedahkan identit suaminya kepada umum sebelum majlis akad nikah.

“Soal hidup bermadu, biarlah hanya kami sahaja yang tahu. Saya dan suami bahagia. Tak menganiaya hidup sesiapa dan spekulasi ini sebenarnya dicetuskan orang luar. Jadi tak perlulah menghakimi hidup kami,”

Miera juga memberitahu dia tidak takut kerana apa yang berlaku adalah sebuah jalinan ikatan yang suci dan tidak salah di sisi agama. Tambahnya, perkahwinan yang diadakan secara terang-terangan itu mendapat restu kedua-dua keluarga dan dilakukan atas dasar cinta.

“Saya bahagia dengan fasa baharu dalam kehidupan. Saya positif, persepsi orang luar terhadap rumah tangga kami bukan perkara penting. Apa yang kami tahu, tak salah berkongsi hidup dan bahagia,”

Mengakui dirinya berasa agak kecewa dan sedih gara-gara penyebaran video tersebut hanya selepas dia sah bergelar isteri kepada suaminya, Rosland Othman. Menurutnya, gosip seperti itu ternyata telah mencemarkan maruah dirinya dan suami malah keluarga kedua-dua pihak pengantin.

Turut menepis tuduhan bahawa perkahwinan yang dibina itu hanya di atas urusan perniagaan suami dan ahli keluarganya, Miera menyangkal dan meminta netizen di luar sana supaya tidak menganggap perkahwinan itu seperti dalam drama televisyen

“Ada atau tidak Rosland (suami), saya ada empayar perniagaan saya sendiri. Saya tak perlu sesiapa untuk menanggung hidup saya. Tapi saya akui suami banyak mengajar selok belok perniagaan sejak sebelum berkahwin lagi,” – Miera Leyana

Sumber : Berita Harian Online


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...