“Belum Sampai Masa Saya Cerita..” – Shuk Sahar Ingin Jaga Privasi, Tidak Mahu Hebahkan Sudah Bernikah November Lepas

Hiburan

“Belum Sampai Masa Saya Cerita..” – Shuk Sahar Ingin Jaga Privasi, Tidak Mahu Hebahkan Sudah Bernikah November Lepas

Serik menceritakan hal peribadi kepada umum, pelawak dan pengacara Shuk Sahar mendedahkan ada sebab dirinya tidak mengumumkan perkahwinannya pada November tahun lalu.

Bukan ingin berahsia

Kata Shuk, dia hanya ingin berita tersebut diketahui oleh keluarga terdekat sahaja dan rancang mengumumkan berita itu kepada umum bila tiba masa yang sesuai. Tambah pelawak ini, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara tersebut namun menurutnya ia belum tiba masa untuk berkongsi cerita sepenuhnya.

Advertisement

Sejujurnya, apa yang dikeluarkan mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu.

 

Tetapi, akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara ini. Bukanlah saya berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga malah rakan-rakan rapat pun tahun.

 

Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dzar Ismail (@dzarismail)

Belajar dari pengalaman

Selain itu, ketika menghadiri sesi podcast bersama OKLETSGO.SG, Shuk berkata dia telah belajar dari pengalaman dahulu dan tidak ingin ia berulang kembali. Oleh itu, dia tidak mahu terlalu terbuka menceritakan hal peribadi di media sosial kerana bimbang disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Sebelum ini, saya selalu kongsi di media sosial dan terlampau terbuka sampaikan perkara tu backfire saya balik.

 

Kadang-kadang, orang akan ambil kenyataan yang saya keluarkan di media sosial dan mereka akan twist benda itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fara Salleh (@f.zzatys)

Terdahulu, Shuk mengakui dirinya telah pun menamatkan zaman dudanya dengan isterinya, Fara Salleh pada bulan November setelah sah bercerai dengan bekas isteri, Rossa Sera pada 22 Mac 2023.

shuk sahar
1 month ago

"Aku Jadikan Dia Inspirasi" - Shuk Sahar Takut Jadi Macam Dulu, Akui Terkesan Isu Tangkap Khalwat Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...